Menghitung Hari

Lama aku menyepi kan, sebenarnya takde apa-apa update terbaru cuma yang buat blog ni tak update ialah sebab aku masih menunggu mesin INVERTER ARC WELD yang dah diorder. Dengan benda ni, bleh lah aku start welding lantai 245 aku tu nanti. Gambar tu hanya gambar hiasan tapi basic welding set yang nak dibeli tu camni lah.

Aku takde pengalaman guna welding ni cuma kelebihan aku, dengan nengok orang buat, aku bleh buat. So aku rasa takde masalah nak guna welding set ni. Kawan-kawan aku yang ada pengalaman pakai Arc Weld ni kata, bersedialah untuk 'sentiasa sedih' selama seminggu. Maksud dieorang, confirm aku akan berair mata macam sedang sakit mata sementara nak biasakan dengan benda ni. Sakit mata tu disebabkan asap dari rod welding ni semasa kita sedang guna.

Ada tips untuk hindarkan sakit mata ni?

Cart

Cart is empty.